esah gelisah gundala
dup dap dap dup
jantung berdegup pantas
masa semakin kesuntukan

ting tong teng tang
loceng pinta utama kedengaran
sudah tiba masanya!
kami belum bersedia bapak

skrekkkkk kreokkk
pintu di buka kencang
meluru laju lembaga - lembaga itu
sekilas pandang sahaja

tiba - tiba terus di depan mata!
5 orang berjubah berjanggut panjang
tetapi bertopi terbalik tulis `KL`
peminat too phat

apa ingin kamu padaku!
aku bukan politikus!
tiada kontrak untuk kamu!
konsesi balak apatah lagi!

kami hanya ingin kamu
diri kamu yang masih suci
belum ada noda hitam dalam minda
belum bertopi `KL` macam kami

bedebup adoi sakitnya!
mimpi lg
mungkin katil baru ku ini
terlalu tinggi dan empuk sekali
tamat :P

Comments No Comments »

orang belakang

jiran seperjuangan

jarang dapat bertutur kata

laksana pemisah tembok berlin

cuma tersenyum mampu

.

orang tepi

ada hal baru berurusan

sedar diri hanya kekerdilan

ada ruang pun sudah cukup baik

mengisi celah-celah pepohonan

.

orang atas

sangat jauh untuk ketemu

bila pulang baru terserempak

apa lagi berborak panjanglah

itu ini begitu begini

.

orang bawah

ada tiada sama sahaja

namun andai ada lancarlah semua

yang pincang bisa jadi teratur

yang bengkok bisa jadi lurus

.

orang orang

semua orang ada peranan

ada bahagian dalam perjuangan

belakang,tepi,atas,bawah

bukan persoalan

sama-sama

bergandingan

untuk terbang lebih tinggi lagi

menggapai awan

menggengam cita-cita

tidak terlangkau dek imaginasi

matlamat kita ada di sana

semua orang…..

reef.mine.mid year 2006

Comments No Comments »

di mana sinar kala mentari berlabuh.
adakah kabus tatkala subuh.
relung-relung pengampunan bulan mulia.
sesama kita mendakapnya.
mungkin ini terakhir puasa.
yang pasti ia akan berakhir jua.
pejam celik oh mata.
tersedar dari mimpi entah hapa-hapa.tajam lidah pedas kata.
silap cakap semua binasa.
oh puisi tiada jadi pula.
macam rojak pasembur pakya.

reef . 9/9/2008

Comments No Comments »

merdeka!
51
rakyat malaysia
penduduk dunia

merdeka!
laungkan pada semua
ini tanah air kita
tempat mencelikkan mata ke bumi

merdeka!
aku engkau
belajar silibus sama
ambil upsr pmr spm

merdeka!
apa lagi mahu gaduh
kenapa lagi mencemuh
semua bayar cukai

merdeka!
tiba-tiba semangat berkobar
tatkala petang senja
menanti ramadhan mulia

31augusta2008 4.00 pm

Comments No Comments »

tidak pernah terlambat
walau terlewat
juga tercepat
tepat masanya

sinar sudah datang
setelah berbulan kegelapan
hilang keruan
tiada haluan

Tuhan daku
ujianMu amat berat
terlalu dirasai
namun ku yakini

tidak tergambar rasa
apatah lagi ungkapan kata
tentang diri ini
tatkala senja

irama dan kicauan
ombak juga menderu
moga jalan ini
diberkatiNYA dan dirahmatiNYA
Amin

reefjr@18 feb 2008 @ 1.10 am

Comments 2 Comments »

ini akhirnya
semua bukan milikku
segalanya dah tamat
terimalah saya

terima kasih
aku reda
Ya Allah
andai itu terbaik buatnya

siapalah aku
esok bukan lagi sama
lusa sudah
pasti berlaku

andai ini takdirNYA
Allah begitu Maha AdilNYA
mungkin sukar
kucari gantinya

aku memang bukan orang itu
bukan luar biasa
tidak ada apa-apa
apalah gunanya

wang dan harta
tida guna lagi
tangisan memang tidak sekali
tiada apalah diri

hujan lebat tidak dirasa
embun hujan mencantas jiwa
kerdip mata hati tertanya
biar lama tiada maknanya

terimalah diri ini
daku banyak benar berdosa
memang sudah sepatutnya
dia dijaga lebih sempurna

hidup mesti terus
walau seorang
walau perlahan
ku reda seadanya

nasi sudah menjadi bubur
besi sudah dilebur
segalanya dah terkubur
damailah diri ku makmur

(reef) (sunday) (2 syawal) (14 october 2007)

Comments 3 Comments »

tekan 1
debat perdana
tekan 8
gol dan gincu

satu rancangan
amat serius
pembinaan negara
rancangan malaysia ke9

yang lagi satu pula
amat santai
gaya hidup masa kini
bebas dan bersosial

tekan 40
hbo pula bercerita
tekan 15
akademi fantasia versi 4

cerita-cerita
hiburan mana-mana
terlarilah dari realiti
tergamitkah mimpi

tekan 50
discovery dengan sainsnya
tekan 80
mari bola!

tekan-tekan
tiada tahu mana mau tekan
atas ke bawah
mana intisari rancangan!

tekan lagi
channel 90
ia berita!
cnn ke udara

tekan merah
semua padam
kembali ke skrin hitam
pulang ke dunia sebenar

yang tiada tahu
esok dapatkah
tekan-tekan
konsol itu lagi…

(reefjr) (10:27 pm) (18 june2006)

Comments No Comments »

renungan sepi
tanpa prasangka
tanpa prejudis cuma
tanpa kata-kta
tanpa bait-bait

hanya renungan
dapat dihulurkan
pada wajah tak tergapai
pada hari tak tergengam
pada jiwa tak keruan

bukan renungan
yang jadi persoalan
namun kenapa keterpakuan
kala petang senja datang
renungan makin kelam

itukah renungan
mata kasar semata
atau mati hati juga
merenung sama
jauh dari jangkauan

tapi renungan
tetap renungan
hanya berlegar di fikiran
buntu di kala hilang
apa direnungkan

tinggal renungan
hanya tinggal kenangan
secebis secubit igauan
kala sedar semuanya
hanyalah renungan….

(reefjr) (6:06 pm)  (25.1.2006)

Comments No Comments »

konvo
detik dinanti
5 tahun lamanya
10 saat selesai segalanya

`terima kasih tun`
ucapan diberi
`congratulations`
kata disambut

kala tiba
baru serasa aura
sebak terbit di jiwa
terungkai segala

sementara menunggu
bagai tidak percaya
akhir ini adalah mula
episod seterusnya

walau `tiada`
semangat dan dorongan
tetap diabadikan
dalam kotak kenangan

terima kasih
kekasihku
kawan - kawan dan teman
adik - adik
akak - abang

mungkin
jejak ini tidak mudah
namun terpahat di hati
mendalam di sanubari

`kenangan terindah`
lagu dendangan `samsons`
lagu tema konvo ini
andai berkumandang di mana
itu lah sebuah ceritera
bukan cereka tapi nyata
perjuangan masih jauh
hidup mesti terus

(reef) (thursday) (31 august 2006)

Comments 4 Comments »

kiri kanan pilihan
semua dalam genggaman
catur kehidupan dimulakan
strategi mantap diperlukan

semalam lusa kelmarin
sudah berlalu episod
siri perjalanan sebenar
pahit manis berlikuan

realiti menggigit diri
sering tenggelam punca
kabut samar bayangan
masih bercahaya tapi

penantian terlalu lama
jawapan masih tiada
teka-teki makin rumit
persoalan terus membukit

(reef) (monday) (26 june 2006)

Comments 5 Comments »